b Purely Gibberish: March 2010

Wednesday, March 31, 2010

Ok demi menjaga hati semua pihak, I've got rid of the damned entry. Sorry for being selfish and compulsive.

Selamat belajar semua.

Noktah.

Saturday, March 27, 2010

Terima Kasih Adik2, Kakak2 dan Abang2 Semua...Doakan kami yer.

*mode tak tahu cuak ke tak nieh*

Monday, March 22, 2010

Kempen Derma Buah Pinggang

Today we went over to Merlin park. Kononnye mahu belajar pasal CKD and dialysis. Ok ape niat suci murni. Anyway, sampai-sampai aje dah salah cakap kat Paddy (the van driver). Dialysis centre kat unit 7 bukan unit 1 ok! Maka terpaksa la menapak jauh sikit. Nak pulak hari ni angin dengan riang ria bertiup sejuk sampai ke tulang sulbi. Tulang apekah itu?

Apa pun setelah kami tiba di destinasi, teruslah kami menuju ke kaunter. "Puan, kami ini pelajar tahun akhir. Bolehkah kami berjumpa dengan pesakit di sini untuk bertanyakan beberapa soalan?" tanya Idah dengan skemanya kepada Sister. "Boleh, silalah", jawab Sister yang baik hati itu. Lalu kemudian kami mundar-mandir sebentar mencari pesakit yang sesuai. Setelah menoleh ke kiri dan kanan kami mengambil keputusan untuk menemuramah pesakit yang paling dekat dengan tempat kami berdiri.

Pendek cerita, pakcik pertama tu seperti tengah acute confusion ke atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Semua jawapan beliau adalah "tidak tahu", "tidak ingat", sudah lupa". Oh apa-apa sajalah kamu pakcik! Lantas kami tinggalkan dia setelah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan kami.

Lalu dengan pantas Idah mendekati pakcik kedua (pakcik ini bukan orang tempatan). Pada mulanya pakcik itu seperti normal sahaja. Lalu berbekalkan semangat membara, Idah dan Sarinah bertalu-talu menanyakan soalan. Oleh kerana pakcik itu mempunyai sejarah sebagai penerima buah pinggang maka mereka sangat gembira. Hatta, dengan hati berbunga meminta izin untuk membuat pemeriksaan abdomen.

Selesai pemeriksaan, pakcik itu memandang kepada kami dengan mata kuyu lantas berkata, "mahukah salah seorang dari kamu menderma buah pinggang kepada pakcik?". Pada mulanya aku menyangka pakcik itu bergurau. Pabila diulang lagi permintaan itu untuk kali kedua, ketiga dan merayu-rayu untuk meminta buah pinggang kami.....

Aku merasa lutut aku menggigil.

Dan pastilah malam ini aku akan bermimpi dikejar seorang pakcik India membawa parang untuk membelah keluar buah pinggangku. Oh!


Sunday, March 21, 2010

Ok CRAPping

Bosannye. Aku nak borak dengan orang yang takkan cakap pasal medic, masa hadapan ataupun isu kahwin. Aku nak cakap dengan orang yang takde satu kaitan pun dengan orang kat Galway nieh. Aku nak borak dengan orang yang boleh buat aku gelak sampai senak perut. Aku nak dengar cerita lain. Pasal memburu ayam hutan ke, cara-cara membina rumah ke, undang-undang bermain rounders ke. Aku nak cakap dengan orang yang ingat MI tu short form untuk Minyak Ikan. Kalau TIA itu ialah 'Tidak Ikut Arahan'. Hahaha..

Lame sungguh terasa diri ini. Sikit sahaja lagi. Marilah berusaha lebih gigih!

Apepun hari Jumaat hari tuh jari telunjuk aku terkepit kat pintu pagar. Sakit. Lepas tu berdarah. Lepas tu kene letak plaster kat jari. Lepas tu aku rase cool gile ade plaster kat jari. Macho!
Ok tu je nak cerita. Haha.
Encik TM, aummmmm!
--------------------------------
Pukul 12 malam. Aku leka main2 kat satu website ni. Dalam ni ada application yang boleh gabungkan muka dua orang untuk melihat wajah anak-anak di masa hadapan. Apepun, ini gambar 'anak-anak' saya (amaran: sangat comel ok) :
ini rupa 'daddy' dier:
Haha. Sila gelak guling-guling. Terima kasih.

Friday, March 19, 2010

Mak tak risau langsung pasal 'what if' tu. Tapi aku tak tido lena malam-malam asyik fikir tak henti-henti pasal 'what if'. Mak cerita macam-macam tadi. Pasal menantu, pasal nak tempah baju untuk hari graduasi aku nanti (*cuak*), pasal sedih kalau nak kahwinkan anak-anak daranya (HA HA), pasal telefon papa kene curi. Aku cakap dengan mak, aku tengah tensi yang teramat seperti mahu meletop otak. Emak kata, anggap sahaja ini peperiksaan biasa. Oh emak masalahnya ini bukan peperiksaan biasa. Oh!

Aku rasa selama ini aku memang anak manja emak. Tapi sekarang aku rasa papa lagi cool. Lagi-lagi sejak kakak kahwin, kakak lah permata hati emak. Kakak itulah kakak inilah. Sampai kakak telefon pun emak boleh menangis kesedihan. Sedangkan Segamat-KL 2 jam setengah sahaja perjalanan pun! Ini anak emak yang jauh berpuluh ribu batu ini tidak sedihkah bila terdengar suara?
*emo*emo*

Haha.. inilah dia orang tension. Mama ampunkan anakmu ini~

Lepas tu berborak dengan papa. Papa beritahu pasal nenek. Papa kata nenek tak sihat. Selalu batuk, kaki bengkak, perut macam tegang. Nenek masuk hospital seminggu. Doktor kata jantung nenek ade masalah. Paru-paru pun berair dan ada jangkitan kuman. Papa tengah cerita, tapi aku nangis diam-diam. Dari cerita papa, aku buat kesimpulan besar kemungkinan nenek ade heart failure. Aku mencongak prognosis. Bila boleh jumpe nenek lagi?

Papa tanya aku selsema ke? Dengar aku sedut hingus lah tu. Aku jawab, a'ah..sejuk kat sini sekarang ni. Tak sampai hati aku nak cakap dengan papa pasal heart failure. Aku makin down. *nangis*

Sekarang ni air mata macam hujan kat galway. Turun aje setiap hari tak payah tunggu mendung pun. Hari cerah pun hujan boleh turun. Tengak gelak-gelak pun hati tengah menangis. Sori kawan-kawan aku memang emo.
Aku benci dengan perangai diri sendiri yang suka sahaja menyakitkan hati orang. Serius, aku cungguh cepat membuat mimik muka jika tidak puas hati. Jahat jahat jahat! Saya tidak suka! Bagaimana mahu menjadi orang yang sabar?

*tidak juga habis-habis memikir 'what if'*

Tuesday, March 16, 2010

I was skimming thru my daily mails when I came to read this:

" jom pulun weh, jom pakat2 ligan girls weh, depa sembang ja kemaih, depa laghi laju takpa aih, pelan2 kita peghambat!!!!"
Sekarang ni kalau nak buat amal kene promote macam ni ke? Ligan Girls? Perhambat? Ape tu? Takbleh cakap baik2 ke? Probably cakap baik2 macam terlalu skema agaknye..jadi kene la perhambat perkataan bombastik macam ni untuk menarik minat orang membaca..ke?
Ye la, you'd say I am over reacting..and probably I am. Tapi aku tak suke cara dier cakap ni.

Labels:

Wednesday, March 10, 2010

today....sucks.

Do I even have to elaborate on this? Probably not. My own fault to begin with. Haih..so not looking forward to Friday.

Haihh....
Haihhhhhh....



Motif gambar?

Sunday, March 07, 2010

Untuk kesekian kalinya aku terlupa lagi. Hampir sahaja aku melompat dari katil dan terbang ke sana..sebelum kenyataan mengingatkan bahawa - aku bukan Superman. Aku mengeluh, berat rasa hati ini...tidak tahu bagaimana harus aku memohon kemaafan. Genap seminggu sudah tarikh keramat itu berlalu. Namun hanya di sini mampu aku mengucapkan..

Semoga kau selalu di bawah lindungan dan rahmatNya
Semoga kau sentiasa bahagia
Semoga hari-harimu ceria
Semoga segala impianmu akan terlaksana
Semoga senyumanmu tidak akan pernah pudar
Semoga kau sentiasa bertabahan menghadapi masa hadapan
Semoga persahabatan ini akan berkekalan

Aku harap engkau tahu, walaupun setiap tahun aku terlupa tarikh keramat ini.....aku harap engkau tahu..aku sayang kamu.

Maafkan aku Isyqi, aku terlupa lagi. Selamat Hari Lahir.


Saturday, March 06, 2010



Toki Wo Tomete
Toki wo Tomete — Please Stop Time

Like they are hurrying away, the summer’s constellations
Lean between the buildings and hide away
The days that pass us by
Sometimes, even little tiny things make me want to cry

That store that you said you wanted to go to so long ago
It’s already gone now, but
Every day, the two of us
We believed that our love would never end

I want to stop time, and stay next to you forever
I want to hold you even more
While remembering every single thing about you
I had faith in only forever

I want to stop time, and stay next to you forever
I look up at the sky, and wish with all my heart
One by one, I link together the glistening starts
And I ended up looking for the shape of you

I want to stop time, and stay next to you forever
I want to hold you even more
While remembering every single thing about you
I had faith in only forever

Thursday, March 04, 2010

Ini malam tidak boleh tidur.
Bermacam-macam tajuk utama melintas dalam kepala. Penat. EXAM. Esok tutorial Gaffney. Tak abis bace lagi Obs&gynae. Kakak nak kawen Sabtu ni? Nak ajak orang dating, umur dah nak masuk 25 tapi tak tahu ape itu pergi berjanji temu. Kasihan. Kasihan ke? EXAM. Rindu mama+papa. Ape la Gaffney nak tanye esok ni? Oh, esok wajib ambil satu history Obs/Gyn. Hari-hari cakap macam ni kot. Haha. Esok ade study group. Penat. EXAM. Eh sabtu ni dah nak dapat abang ipar ke? Oh yeah. Bila agaknya kakak pulak nak dapat adik ipar? EXAM. Summer nak jalan-jalan!!! Hiking. Nak hiking naik bukit. Nak jumpa laut. Nak balik malaysia ke tak sebelum grad ni? Nak kene mintak letter of good conduct pulak sebelum apply kerja sini. Takutnya interview SHO. Ho Ho. Nak balik kerja kat malaysia? Kahwin. Calon? Hahaha. Penat. EXAM. Eh dah final med??? Wuuuuuuu nanti semua orang balik malaysia, sape nak kawan dengan saya?

ok dah la ni. Tido.

eh... tak sengaja tertengok gambar encik itu yang sudah lama tidak tahu khabar berita sejak zaman kolej. Dia bahagia. Sedih. Sampai sekarang tidak tahu siapa itu Mr Nice Guy yang menghantar kad tahniah pada saya suatu masa dahulu. Tapi jauh di sudut hati, saya sangat-sangat berharap itu dia.
Ok, sila tido sekarang.