b Purely Gibberish

Sunday, March 07, 2010

Untuk kesekian kalinya aku terlupa lagi. Hampir sahaja aku melompat dari katil dan terbang ke sana..sebelum kenyataan mengingatkan bahawa - aku bukan Superman. Aku mengeluh, berat rasa hati ini...tidak tahu bagaimana harus aku memohon kemaafan. Genap seminggu sudah tarikh keramat itu berlalu. Namun hanya di sini mampu aku mengucapkan..

Semoga kau selalu di bawah lindungan dan rahmatNya
Semoga kau sentiasa bahagia
Semoga hari-harimu ceria
Semoga segala impianmu akan terlaksana
Semoga senyumanmu tidak akan pernah pudar
Semoga kau sentiasa bertabahan menghadapi masa hadapan
Semoga persahabatan ini akan berkekalan

Aku harap engkau tahu, walaupun setiap tahun aku terlupa tarikh keramat ini.....aku harap engkau tahu..aku sayang kamu.

Maafkan aku Isyqi, aku terlupa lagi. Selamat Hari Lahir.


2 Comments:

Blogger chicky84 said...

owh.. ini la orang ynag ada flabby hip tu?
wahahaha~

THANKS!!

nak ben and jerry! pos tak kire~ :P

take care~

8:00 PM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

sape ade flabby hip?
Tak tahu pun!
*geleng*geleng*

Bleh pos ben n jerry punye gamba tak?

Love u! Mwahh!

8:27 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home