b Purely Gibberish

Monday, March 22, 2010

Kempen Derma Buah Pinggang

Today we went over to Merlin park. Kononnye mahu belajar pasal CKD and dialysis. Ok ape niat suci murni. Anyway, sampai-sampai aje dah salah cakap kat Paddy (the van driver). Dialysis centre kat unit 7 bukan unit 1 ok! Maka terpaksa la menapak jauh sikit. Nak pulak hari ni angin dengan riang ria bertiup sejuk sampai ke tulang sulbi. Tulang apekah itu?

Apa pun setelah kami tiba di destinasi, teruslah kami menuju ke kaunter. "Puan, kami ini pelajar tahun akhir. Bolehkah kami berjumpa dengan pesakit di sini untuk bertanyakan beberapa soalan?" tanya Idah dengan skemanya kepada Sister. "Boleh, silalah", jawab Sister yang baik hati itu. Lalu kemudian kami mundar-mandir sebentar mencari pesakit yang sesuai. Setelah menoleh ke kiri dan kanan kami mengambil keputusan untuk menemuramah pesakit yang paling dekat dengan tempat kami berdiri.

Pendek cerita, pakcik pertama tu seperti tengah acute confusion ke atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Semua jawapan beliau adalah "tidak tahu", "tidak ingat", sudah lupa". Oh apa-apa sajalah kamu pakcik! Lantas kami tinggalkan dia setelah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan kami.

Lalu dengan pantas Idah mendekati pakcik kedua (pakcik ini bukan orang tempatan). Pada mulanya pakcik itu seperti normal sahaja. Lalu berbekalkan semangat membara, Idah dan Sarinah bertalu-talu menanyakan soalan. Oleh kerana pakcik itu mempunyai sejarah sebagai penerima buah pinggang maka mereka sangat gembira. Hatta, dengan hati berbunga meminta izin untuk membuat pemeriksaan abdomen.

Selesai pemeriksaan, pakcik itu memandang kepada kami dengan mata kuyu lantas berkata, "mahukah salah seorang dari kamu menderma buah pinggang kepada pakcik?". Pada mulanya aku menyangka pakcik itu bergurau. Pabila diulang lagi permintaan itu untuk kali kedua, ketiga dan merayu-rayu untuk meminta buah pinggang kami.....

Aku merasa lutut aku menggigil.

Dan pastilah malam ini aku akan bermimpi dikejar seorang pakcik India membawa parang untuk membelah keluar buah pinggangku. Oh!


2 Comments:

Blogger snowflakes said...

ngahaha takutnyee

9:08 PM  
Anonymous hasyikin said...

seperti dapat ku bayang kan betape jeng jeng jeng nyer perasaan anda semua tika itu...

7:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home