b Purely Gibberish

Friday, March 19, 2010

Mak tak risau langsung pasal 'what if' tu. Tapi aku tak tido lena malam-malam asyik fikir tak henti-henti pasal 'what if'. Mak cerita macam-macam tadi. Pasal menantu, pasal nak tempah baju untuk hari graduasi aku nanti (*cuak*), pasal sedih kalau nak kahwinkan anak-anak daranya (HA HA), pasal telefon papa kene curi. Aku cakap dengan mak, aku tengah tensi yang teramat seperti mahu meletop otak. Emak kata, anggap sahaja ini peperiksaan biasa. Oh emak masalahnya ini bukan peperiksaan biasa. Oh!

Aku rasa selama ini aku memang anak manja emak. Tapi sekarang aku rasa papa lagi cool. Lagi-lagi sejak kakak kahwin, kakak lah permata hati emak. Kakak itulah kakak inilah. Sampai kakak telefon pun emak boleh menangis kesedihan. Sedangkan Segamat-KL 2 jam setengah sahaja perjalanan pun! Ini anak emak yang jauh berpuluh ribu batu ini tidak sedihkah bila terdengar suara?
*emo*emo*

Haha.. inilah dia orang tension. Mama ampunkan anakmu ini~

Lepas tu berborak dengan papa. Papa beritahu pasal nenek. Papa kata nenek tak sihat. Selalu batuk, kaki bengkak, perut macam tegang. Nenek masuk hospital seminggu. Doktor kata jantung nenek ade masalah. Paru-paru pun berair dan ada jangkitan kuman. Papa tengah cerita, tapi aku nangis diam-diam. Dari cerita papa, aku buat kesimpulan besar kemungkinan nenek ade heart failure. Aku mencongak prognosis. Bila boleh jumpe nenek lagi?

Papa tanya aku selsema ke? Dengar aku sedut hingus lah tu. Aku jawab, a'ah..sejuk kat sini sekarang ni. Tak sampai hati aku nak cakap dengan papa pasal heart failure. Aku makin down. *nangis*

Sekarang ni air mata macam hujan kat galway. Turun aje setiap hari tak payah tunggu mendung pun. Hari cerah pun hujan boleh turun. Tengak gelak-gelak pun hati tengah menangis. Sori kawan-kawan aku memang emo.
Aku benci dengan perangai diri sendiri yang suka sahaja menyakitkan hati orang. Serius, aku cungguh cepat membuat mimik muka jika tidak puas hati. Jahat jahat jahat! Saya tidak suka! Bagaimana mahu menjadi orang yang sabar?

*tidak juga habis-habis memikir 'what if'*

2 Comments:

Blogger snowflakes said...

hoit hoit jgn jeles dgn kakak ko yg br kawen hehe..biarlah mak ko sedih kakak ko kawen..lpas2 ni sedih utk ko plak kan huhu..aku pon bley join mak ko nangis bile ko kawen nanti(letak eyemo sbb aku xpandai nangis lah) =)

9:32 PM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

hehe.. :p

8:36 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home