b Purely Gibberish

Sunday, May 09, 2010

Sajak PMS

Bodoh
Kau memang dasar mata keranjang rupanya
Sampai hari ini aku masih cengeng; muka mencuka
Hari itu bila kau mencarut mengarut aku ketawa sahaja
Hari ini aku terasa marah sampai keluar asap dari telinga

Bodoh
Kau telanjangi aku dengan katamu
Aku harap kau sudah puas
Puas sudah menyakitkan hatiku
Tengok engkau pun aku jadi rimas

Bodoh
Aku bukan cemburu bodoh
Aku marah dan kecewa
Aku rasa aku juga yang bodoh
Patut aku lari dari ayat pertama

Bodoh
Jangan aku membuang masa
Penat aku marah si lelaki buaya
Dia akan tetap mencari mangsa
Aku pastinya bukan yang pertama

Ah persetankan engkau!
---------------------------------

Hari tu tak sempat marah sebab nak exam. Ni dah abis bleh la aku tulis dengan bahagia. Aku tak suka cakap 'bodoh' dan kalo mak aku tahu aku cakap bodoh kat orang mesti dier marah. Jadi berbanggalah kau jadi orang yang paling banyak dapat bodoh dari aku. Tapi sebab kau lelaki yang sabar, aku tahu kau boleh handle it well. Maafkan aku, Bodoh.

5 Comments:

Blogger auramerah said...

mak ko dh call ko ke lom..
td aku dh inform dia yg ko ckp bodoh...
hahahahahahaa

2:26 AM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

haha blah la yan! ko tau nombor rumah aku ke?? :p

6:24 AM  
Blogger GadisKasutConverse said...

ish..sape lah agaknye yg bodoh tu kan?

11:30 AM  
Anonymous min said...

ngahahah tk psl2 org tu kena-eh ke mmg cari pasal kot :p

6:02 PM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

kak rina: Orang bodoh itu bila dia tidak berfikir panjang sebelum membuat sesuatu..

Najmi: Haa..tu la...lain kali jangan mencari pasal tak tentu pasal. Gatal kulit leh makan antihistamine, gatal mengenyam kawin la cepat2. Hahaha!

9:21 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home