b Purely Gibberish

Sunday, May 16, 2010


Masalah

Saya ada satu masalah. Saya pelabel. Maksud saya, pada kali pertama saya berjumpa seseorang itu saya akan melabel dia dalam kategori yang saya reka dalam kepala saya sendiri, contoh kategori termasuklah:
1) orang baik
2) orang pelik
3) orang jahat
4) orang sombong
5) orang yang menyampahkan (annoying)
6) orang yang masih tidak dapat dikenalpasti kategori apa
7) orang yang boleh menjadi kawan dunia akhirat.
Sebenarnya kategori ini tidak tetap, kadang kala ada sahaja kategori tambahan atau kategori yang terpaksa dibubarkan kerana tiada ahli tetap. Seseorang boleh juga masuk dalam beberapa kategori sekaligus.

Contoh:
Hari ini saya pertama kali berjumpa encik X, dia seorang : pelik + menyampahkan

Amaran: Label-label ini semua hanyalah berdasarkan gerak hati saya semata-mata tanpa bukti/alasan yang kukuh.

Setiap kategori pula akan diikuti dengan pelan tindakan contohnya;
1)Orang menyampahkan - elakkan dari berjumpa orang ini dengan sehabis baik
2)Orang jahat - pura-pura tidak perasan setiap kali berselisih
3)Orang pelik - biarkan mereka di dunia mereka sendiri(jangan mencari pasal dengan orang kategori ini kerana mereka lebih sukar diramal)

Maka contoh penuh:
Hari ini saya pertama kali berjumpa dengan encik X, dia seorang pelik dan menyampahkan. Maka saya harus elakkan diri dari berjumpa dengan dia dan jika terjumpa saya harus membiarkan dia dalam dunia dia sendiri.
-------------------------------------------------------
Di sini saya ingin menegaskan bahawa adalah tidak bagus langsung tindakan melabel seseorang itu dan aktiviti ini sangat tidak digalakkan. Dan saya selalu silap melabel orang. Akibatnya saya tidak tahu seseorang itu boleh masuk kategori kawan dunia akhirat sehinggalah beberapa lama kemudian. Tempoh masa untuk mengenali/menukar label seseorang bergantung kepada pelan tindakan yang dibuat apabila label diberi semasa pertama kali berjumpa. Contohnya jika pelik+jahat = biarkan dan pura-pura tidak nampak; aktiviti ini boleh berlanjutan hingga sebulan, setahun atau selamanya. Maka selama sebulan/setahun/selamanyalah saya tidak tahu dia seorang yang baik. Kan rugi tu?

Saya amat benci bila saya silap melabel seseorang, tapi saya lebih benci jika saya betul.
Dan saya betul enam tahun dahulu. Sekarang saya terasa kurang bijak kerana tidak mempercayai gerak hati sendiri.
Dia seorang yang menyampahkan + jahat = patut dielakkan sehabis baik dan berpura-pura tidak nampak bila berjumpa. Jika saya patuh dengan pelan tindakan ini, mesti saya tidak sakit hati seperti sekarang.

Sekian.

-------------
nota kaki : orang di Germany memang suka berskandal sebab itu setiap tahun saya ke sana. LoL

12 Comments:

Blogger auramerah said...

aku xder dlm kategori..
kategori org yg comel..hihihi

6:58 AM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

ko masuk kategori 'orang manja +/- mengada' la yan. Manja betul siap baju kakak gantungkan mase 1st day matriks! Kekekeke :p

8:24 AM  
Anonymous Anonymous said...

bagus jugak tabiat meLabeLkan org2 ni... tak kesah La betuL atau tidak pon.. at Least kita puas hati..

2:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

bagus jugak tabiat meLabeLkan org2 ni... tak kesah La betuL atau tidak pon.. at Least kita puas hati..

2:09 PM  
Blogger atai_mohtar said...

babe,awal2 dulu ko label aku ape ye? (ms sblom kt jadik bengong sama2) haha =P

1:27 AM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

Enciksani: saya label awak sebagai penceroboh blog saya..hahahahah! (ok gurau, welkam2)

Atai: Kau telah mendapat label budak baik dan serius kerana kau graduan sekolah agama terkenal...tapi rupa2nya sama gila2 dengan aku. Heheheheh :p

9:19 PM  
Blogger auramerah said...

siot...ingat lg ko peristiwa itu..hahaha..1st time beb..1st time dok asrama...hahahahaha..br nk berdiakri...hahahahaha..

beb, atai_mohtar tuh biro agama blok kita tuh kan..dok wing sblh tuh kan..kan..kan..

2:18 AM  
Blogger atai_mohtar said...

yan: a'ah lerr..sy ler mak gard surau blok kt dlu tuh!! hehe

farah: fuhh,seb bek anda tak melabel sy sbg pelik (smbil mngesat peluh di dahi)

3:00 PM  
Blogger auramerah said...

owhh..hye atai..(sambil lambai2 tangan kanan kat anda)

7:33 AM  
Blogger atai_mohtar said...

hye yan!! (smbil m'balas lambaian anda)

1:04 PM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

haaaa..ni dah jadi site bersosial ke hape ni?
(sambil melambai kepada kalian berdua)

12:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

aLAMAK..i'm soriii... ahaha ok ape penceroboh..cuma nya tak bg saLam or heLLo duLu ahhaha

7:50 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home