b Purely Gibberish

Thursday, February 12, 2009

Kadang-kadang salah faham boleh berlaku bila seseorang menulis blog entry. Bayangkan situasi ini....

Watak-watak: si X, si Y, Makcik Markonah, Kasim Tempang, Si Comot, si Bedah

Si X adalah seorang penulis blog. Blog beliau mmg best. Pelbagai lapisan masyarakat gemar membaca blog si X kerna tertarik dengan gaya penulisan si X yang penuh selamba. Acapkali si X berjaya membuat pembaca tidak kering gusi pabila beliau menulis cerita lawak dalam blognya. Jika si X menulis tentang cerita sedih pula, ramailah orang akan memberikan komen mereka. Contohnya;

Kakak Garang on "Kucing Aku Hilang, Comot kembalilah"
sedihnye, nangis satu hari satu malam baca cerita abang ni..banyak2 bersabar ye..harap si Comot akan balik rumah. Huwaaa~~~ sedihnyeee

Kakak Cantek on "Kucing Aku Hilang, Comot kembalilah"
cerita ni lebih sedih dari cerita khabi kushi khabi gham..tahniah kerana berjaya membuatkan pembaca menyelami perasaan seseorang yang kehilangan kucing. Saya bagi LIMA bintang la kat cerita ni! *kesat air mata*

Begitulah powerfulnye si X ni mengarang. Dahsyatttt ooo~

Pada suatu hari si X mendapat tahu bahawa sahabatnya si Y yang berada di seberang benua telah dikhianati oleh teman lelakinya. Lalu dia mendapat inspirasi dan membuat keputusan untuk menulis tentang kesah sahabatnya dalam blog beliau yang memang terkenal seantaro negara itu. Menggunakan ayat yang berbunga-bungaan dan penuh perasaan akhirnya beliau dapat menggambarkan kisah cinta dan perasaan kecewa si Y dengan penuh jaya. Hatta ramailah pengunjung blog yang menangis pabila membaca kisah penulisan si X itu. Punye la hebat penceritaan beliau itu.

Tetapi disebabkan si X terlalu ingin merahsiakan identiti si Y (takutlah diketahui teman-teman Y yang lain nnt jadi bahan umpatan pulak malu la dier) cerita si X menjadi terlalu abstrak, terlalu umum sehingga semua yang membaca terasa seperti kisah cinta mereka disiarkan di dalam blog itu. Siapa makan cili terasa pedas; siapa kene tinggal boifren mcm si Y terasa bagai luka lama berdarah kembali pabila membaca blog entry si X ini.

Alkisah, tersebutlah seorang manusia bernama makcik Markonah (makcik ni mmg pengikut setia blog si X ni) kebetulan tinggal kat sebelah rumah si X. Beliau pun seperti kebanyakan pembaca lain terasa seperti si X menceritakan kisah cintanya mase muda-muda dulu. Arkian, buat sketika terkenanglah makcik Markonah akan Kasim Tempang yang kini telah mempunyai lapan orang anak. Jatuh air mata beliau, tumpah membasahi keyboard komputernya.

Dengan tidak semena-mena naiklah amarah makcik Markonah. Seingat-ingat beliau, pernah suatu ketika dahulu si X bertanyakan tentang cerita cinta lama beliau masa muda remaja. Lalu dengan perasaan hati yang kembang semangkuk, diceritakanlah tentang Kasim Tempang - cinta hatinya yang pertama. Oleh kerana ending cerita yang tak berapa best; makcik Markonah sudah berpesan kepada X supaya merahsiakan cerita ini dari pengetahuan sesiapa pun bahkan Si Comot, kucing peliharaan si X pun tidak boleh tahu - oleh sebab malunya beliau pabila Kasim Tempang memilih orang lain dan bukan dirinya yang tersohor satu kampung sbg pemenang pertandingan ratu Kebaya Kampung VWX selama tiga penggal berturut-turut. "Sah sah si X ni mmg bercerita pasal aku ni! Saje aje nk buat aku malu. Kalo jumpa, aku memang nk mintak royalti piattt telinga budak X ni!!", bebel makcik Markonah. "Dah la orang satu kampung ni memang pembaca setia blog si X ni. Si Bedah tu mesti tengah tergelak-gelak besar baca blog si X ni. Bedah tu dah la suka bawak mulut sana sini. Nanti diungkit la lagi cerita Kasim dengan aku dengan sume orang kampung. Haishhhh..marahnya aku!!", gumam makcik Markonah di dalam hati.

Kerna asyik diselubungi perasaan marah membara, terlupalah makcik Markonah akan hakikat bahawa kisah cintanya itu telah lama diketahui umum. Bukan orang lain yang membawa mulut, beliau sendiri yang menjaja tentang kisah Kasim dan dirinya. Cinta Dah basi dan pun, maklumlah cerita orang2 lama..

Lalu tanpa usul periksa, bergegaslah makcik Markonah ke rumah sebelah dengan hati yang membara. Diketuk pintu rumah si X bertalu-talu. Dilaung-laung nama si X sekuat hati. Tidak lama, terpacul si X didepan mata makcik Markonah. Terkelip-kelip mata anak muda itu melihat wanita lima puluhan itu. Seram sejuk pula melihat rambut makcik Markonah yang menggerbang dan matanya yang terjegil keluar. "Oitttt budak, kurang asam kau ye!!!! Nak buat malu aku ke??!!!!

*Pangggggg*

Satu lempangan hinggap di muka si X. Terkejut la amat beliau. Apesal makcik Markonah emo sampai begitu sekali dengan dirinya? "Apesal makcik?" tanye si X. "Apesal??? Ko tanye aku apesal??? Apesal ko tulis citer cinta aku kat blog ko haaaa??!!!" balas makcik Markonah dengan marahnya.

*pang lagi skali*

"Aduiiiii...Citer ape ni?" soal si X lagi. Beliau benar-benar keliru tambahan pula kepala otak beliau sedang bergegar kerana telah menerima tamparan wanita khas dari makcik Markonah.

----bersambung

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home