b Purely Gibberish

Friday, December 25, 2009

Masa berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar dah 10 hari aku kat cni. Banyak kisah suka duka dan air mata terjadi kat cni. Aku kat cni datang melawat dua keluarga tempatan..

1) Rumah Mareike
Mase sampai kat rumah pertama ni, aku masih kekok dengan budaya orang kat cni..segan2 pulak nak salam dengan mak Mareike. Mak dier pun kekok je nk cakap ape dengan aku..hehe..makcik ni comel la.. Ble dah stat borak2 sket, barulah diorg at ease sket, ble tau aku ni pandai gak gelak2 buat lawak sume. Hehe..makcik dier siap kate,"i like u" sebab aku ni agak2 pandai menyesuaikn diri dengan family gathering diorg walaupn Mareike terpaksa translate setiap perbualan.

Esoknye mase breakfast, takbleh blah btul ngan menu yg terhidang. Segala jenis ikan ade, smoke salmon la jeruk hering la..tapi feveret aku hering dalam mayo+herbs. Mak dier tau kot aku suke sangat mende tu siap suh aku abiskn satu bekas. Hahaha.. Tapi yang buat aku terharu, sebab diorg tau aku tak makan 'ba alif ba ya' maka sepanjang aku kat rumah tu, tak pernah terletak menatang tu kat depan mata. Diorg mmg respek abis la ngan tetamu. Menu hari2 mmg ikan. Ayam/daging tak halal pn tak pernah mak dier hidangkn. Ni satu benda yang aku rase kite sume patut belajar tentang menghormati tetamu. All and all aku rase best sebab rumah ni dipenuhi kasih sayang dan gelak ketawa bila semua ahli keluarga berkumpul untuk krismas. Aku pun terasa macam balik kampung beraya la pulak, walaupn sepatah perkataan german aku tak paham. Tapi best jugak tgk meriahnya suasana setiap hari..

2)Rumah Katha
Bila sampai kat rumah lagi satu, kedatangan aku disambut dengan peluk erat dari Katha dan emaknya...tapi aku tahu, hati mereka masih sedih dengan pemergian orang tersayang tak sampai 3 minggu sudah. Bile sampai rumah aku mmg nganga la tgk saiz rumah yang kalo ikutkan 6-7 kali ganda dari rumah aku sendiri kat Malysia. Mak dier siap bagi aku satu bilik sendiri(kat rumah Mareike pn dapat bilik sendiri actually). Pastu toilet sendiri. So mmg selesa la aku rase macam tetamu kehormat.. =)

Tapi dalam kemeriahan menyambut tetamu/hari Natal aku mmg perasan yang Katha, adik and mak dier akan tersentap bila teringat2 si ayah yang telah tiada..so kalo tiba2 Katha peluk adik dier/mak dier aku pun tahan diri dan air mata sendiri.. Diorang mmg tabah melawan emosi..tapi masa kat meja makan setiap kalo dinner/breakfast, mmg tampak la kesedihan tu. Banyak tersenyap je dari bercakap. Katha bgtau selalunye adik lelaki dier akan makan untuk dua orang, tapi sepanjang aku kat sane even aku makan lagi banyak dari adik dier kot..haih..

Sedih..tapi aku harap diorg akan melalui hari2 seterusnya dengan tabah..tulis2 ni tetibe rindu lak ngan family sndri..
------------------
Sekarang aku kat rumah Isyqi, dier nak exam final dah 18 Jan ni..aku plak menyemak kat cni. Huih....rase bersalah btul.

2 Comments:

Anonymous iskun said...

haha rasa bersalah?
lol.. p.e.r.a.s.a.n.
cara orang melayu di germany hormat tetamu : sila hidang junk food.. hahaha host ynag banyak makan lagi kot.. kekekeke

11:19 AM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

hahahaha...tetamu tak kate ape kot..tapi dalam hati---"isk macam ni tuan rumah, nasib baik member".

7:17 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home