b Purely Gibberish

Saturday, November 28, 2009

Serba Bersalah

Ade seorang lelaki ini. X namenye..kami sekelas mase darjah 3, dan beliau merupakan rival saya untuk mendapat nombor satu periksa akhir tahun. Akhirnye saya yang berjaya menggondol title tu, beliau mendapat nombor 2. Hahahaha!! (motif saya cuba berlagak dengan kisah lama ialah??)
Abaikn.
Anyway beliau telah berpindah masa darjah 4. Tak jumpe dah langsung..sampai la beberapa tahun kemudian.

13 tahun kendian..

Kami bertemu semula dalam sebuah gathering mini budak2 skolah..
Beliau dan saya mula la beramah mesra..
Sms skettt...
Kol skett...
Cerita2 pasal masa lampau..saya tak kesah...member jee..

Tak lama setelah itu, terbukak pulak citer masa kini dan masa depan..
Saya tak kesah...member ajeee..

Lalu suatu hari pabila bliau memulakan tajuk 'Mari berjumpa mak ayah saya', terus diri ini menjadi kompius...member aje ke ni? Oh~ (mungkin di saat ini saya assume beliau serius, lalu saya menjadi segan silu) tak terkata..maklumlah tak pernah orang ajak jumpe mak ayah dengan nada serius. Sebagai gadis melayu sejati...bukankah diam itu tanda setuju?

Lalu nk dipendekkan citer tak lama selepas 'kisah mak ayah' dibuka, beliau terpaksa outstation kerna hal keje..lalu kami putus hubungan selama sebulan...katanya takbleh sms atau call kerna di situ kalo bawak henpon bahaya.. bleh letop "kebaaaboooooomm~~!!!" tempat keje beliau nanti. Saya diam je. Malas nk tanye banyak2..nnt kate saya pompuan jenis 'clingy' la pula. Saya bukan. Saya cool.

Sebulan kemudian (tanpa khabar berita dari bliau)

Seperti biasa saya menerawang di alam siber dan menyelami laman Facebook..terlihatlah saya sesuatu yang mengejutkan.
X telah menukar status dari 'single' kepada 'in a relationship'...dan gambar beliau berpelukan mesra dengan seorang pompuan yang agak-agak tak terkawal keseksian terpampang megah di profile.
Kamu semua ingat apekah perasaan saya pada waktu itu?
Macam beg berisi sampah yang berbau busuk lalu dijauhi oleh semua...lalu tinggallah beg sampah itu sendiri tanpa siapa yang peduli...

Sebab ni bukan citer beg sampah yang tak bleh menangis macam manusia seperti saya, maka dengan syahdu saya pn melayan jiwang buat seketika...nasib baik ade kawan-kawan yang pandai menghiburkan hati. Walaupn mereka tak pandai buat silap mata/aksi comel macam ikan lumba-lumba, tapi dengan bantuan mereka akhirnya saya berjaya jugak mengatakan, "Blah la, ingat kamu best sangat ke?". Walaupn hanya berjaya dituturkn di angin lalu dan bukan kepada X sendiri, saya tetap bangga..tapi tidak pula saya menjadi riak.

Setahun kemudian...

Seperti biasa saya menerawang di alam siber dan menyelami laman Facebook..terlihatlah saya sesuatu yang mengejutkan.
X telah menukar status dari 'in a relationship' kepada 'single'...dan gambar beliau berpelukan dengan seorang pompuan yang agak-agak tak terkawal keseksian terpampang megah di profile kini tiada lagi.
Kamu semua ingat apekah perasaan saya di waktu ini?

Labels:

8 Comments:

Blogger auramerah said...

makcik, bukan ke taste ko lelaki mat saleh..owh skrg sudah tukar taste ke anak pakcik salleh erk...

1:30 AM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

Baru je nk consider orang melayu dah camni punye skali xperience. Malas ah, anyway aku tak minat mat saleh dah. Aku minat orang korea. Hahahaha

6:55 PM  
Blogger auramerah said...

huhu..masalah nyer org korea minat kat ko x..hihi

2:46 AM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

heh, makcik bagi soklan yang menggugat kestabilan jiwa. Ko ni kan... -_-*

7:42 PM  
Anonymous iskun said...

errr...
skandal musim sejuk episod 5?
@_@

eh.. bukan dah terungkai persoalan ke?

9:18 PM  
Blogger fAraHnaDiaH said...

heh, iski..tadek calon la utk scandal ep 5.Aku tamau ulang scandal dgn org yg same pn. carik pasal naenye tuh. huuu~

eh persoalan ape yg ko maksudkn ni???

10:19 PM  
Blogger peqli said...

haha

12:05 AM  
Anonymous iskun said...

persoalan yang apa perasaan anada ketika ini...

bukan perasaan mahu makan ke?
opsss...

giler aku cakap tak sedar diri sendiri :P

8:48 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home